Tuesday, March 17, 2009

Pengenalan MTQ


1.0 Latar Belakang

Penghayatan terhadap al-Quran sebagai kitab suci umat Islam adalah penting untuk diterjemahkan dalam pelbagai bentuk dan amalan. Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) merupakan aktiviti tahunan melibatkan pertandingan tilawah, hafazan, syarahan, bercerita dan nasyid yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam Dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan ini melibatkan kesemua sekolah di daerah miri iaitu 22 sekolah rendah dan 15 sekolah menengah. Ini dibuat dalam usaha mencapai matlamat membentuk dan melahirkan insan mukmin di dalam diri pelajar Islam yang mampu menghayati al-Quran serta mengaplikasinya dalam pelbagai aspek termasuk akidah, ibadah, akhlak, keilmuan, kepimpinan dan sebagainya. Pada tahun ini SMK Pujut Miri telah dipilih sebagai tuan rumah untuk menganjurkan acara-acara tersebut.



2.0 Objektif

2.1 Menanam minat membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan al-Quran.

2.3 Memantapkan sebutan dan bacaan serta kemahiran dalam

pengajaran tilawah al-Quran.

2.4 Memperkembangkan potensi, bakat dan kebolehan pelajar

dalam aktiviti keagamaan.

2.5 Mengeratkan silaturrahim di kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.



3.0 Tema

"Al-Quran Pemangkin Modal Insan Cemerlang”



4.0 Tarikh

25 – 26 Mac 2009



5.0 Tempat

Sekolah Menengah Kebangsaan Pujut



6.0 Kumpulan Sasaran

Semua pelajar Islam 22 sekolah rendah dan 16 sekolah menengah di Daerah Miri-Bakong [ Sila rujuk lampiran 1 ]



7.0 Pengisian Program

7.1 Tilawah Al-Quran Sek.Rendah (Lelaki/ Perempuan)

7.2 Tilawah Al-Quran Sek.Menengah (lelaki/Perempuan)

7.3 Hafazan Sek.Rendah (Lelaki/ Perempuan)

7.4 Hafazan Sek.Menengah (lelaki/Perempuan)

7.5 Bercerita Kisah dari Al Quran Sek.Rendah (Lelaki/ Perempuan)

7.6 Syarahan Sek.Menengah (lelaki/Perempuan)

7.7 Nasyid Sek.Rendah (Kumpulan)



No comments:

Post a Comment